Pemuda ditemukan lemas di sungai Jambatan keretapi, Kuala Krau

Mayat mangsa ditemukan lemas di Sungai Jambatan Keretapi, Kuala Krau, Temerloh pada Jumaat.
Mayat mangsa ditemukan lemas di Sungai Jambatan Keretapi, Kuala Krau, Temerloh pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Keseronokan seorang pemuda mandi bersama sepupu di sungai Jambatan Keretapi, Kuala Krau, Temerloh berakhir tragedi apabila mayatnya ditemukan lemas pada jam 5.20 petang Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa dikenali sebagai Ahmad Lais Hirraz Mohd Syara, 22, berasal dari Kampung Paya Teras, Kuala Krau ditemui pada hari ketiga pencarian.

Menurutnya, mayat mangsa yang timbul di permukaan sungai itu ditemukan oleh anggota polis sejauh 30 meter dari lokasi kejadian ketika melakukan tinjauan melalui atas jambatan.

"Mayat dibawa naik oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat menggunakan dua buah bot sehingga satu kilometer dari lokasi kejadian.

Jelasnya, kerja-kerja mencari dan menyelamat disertai Pasukan Penyelamat di Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai sembilan anggota.

“Ketika pencarian keadaan air di lokasi berarus deras kerana trend air sungai yang sedang menurun,” katanya.

Artikel Berkaitan: