Bulan Sabit Merah Iran sedia bantu Malaysia

Sebuah kereta melalui jalan Kampung Pengkalan Pauh yang sebelum ini ditenggelami air akibat banjir ketika tinjauan banjir di Lubok China pada 20 Disember lalu. - Foto Bernama
Sebuah kereta melalui jalan Kampung Pengkalan Pauh yang sebelum ini ditenggelami air akibat banjir ketika tinjauan banjir di Lubok China pada 20 Disember lalu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) bersedia untuk mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat serta sebarang bantuan lain kepada Malaysia yang dilanda bencana banjir.

Presidennya, Dr Pir Hossein Kolivand dalam surat yang diutus kepada Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Hakim Hamzah pada Jumaat, turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Malaysia dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa serta mereka yang terjejas.

"IRCS mengucapkan selamat maju jaya kepada BSMM dalam usaha mereka membantu mengurangkan penderitaan rakyat," menurut surat itu.

Kenyataan mengenai surat itu disediakan kepada Bernama oleh kedutaan Iran di Malaysia.

Malaysia mengalami banjir besar dan tanah runtuh di beberapa kawasan dan negeri yang dicetuskan oleh hujan lebat dengan sekurang-kurangnya 41 orang dilaporkan terkorban setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: