Usahawan perlu manfaatkan Olimpik 2020 Jepun

Asmuni
Asmuni
A
A
A

IPOH - Usahawan digalakkan untuk mengambil inisiatif sendiri menyertai pelbagai pameran termasuk antarabangsa sebagai langkah meningkatkan pendapatan.

Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi berkata, Jepun memerlukan penglibatan usahawan terutama produk makanan halal sempena Sukan Olimpik 2020.

“Menjelang Olimpik ini, kita bercadang membawa delegasi usahawan terpilih bagi memperkenalkan produk berkualiti mereka untuk dipasarkan di sana.

“Difahamkan, Jepun memerlukan produk makanan halal. Saya rasa usahawan negara perlu mengambil kesempatan dengan memperkenalkan dahulu produk ke sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Teoh Yee Chern (DAP-Astaka) pada sesi soalan lisan Sidang Dun Perak, hari ini.

Asmuni (PKR-Manjoi) berkata, usahawan dinasihatkan untuk terus bergiat aktif memasarkan produk seluruh negeri.

“Kita tidak boleh harapkan peniaga duduk setempat (takuk lama) sebaliknya keluar, mempelbagaikan promosi agar lebih dikenali.

“Pelbagai festival dan pameran diadakan antaranya di Bulatan Aman Jaya (Meru Raya) yang menjalankan jualan dari semasa ke semasa,” katanya menjawab soalan Salbiah Mohamed (BN-Temengor).

Artikel Berkaitan: