Bantuan Keluarga Malaysia 2022

No Image Caption
A
A
A

Demi kehidupan rakyat yang sejahtera

Bajet 2022 dirangka dengan mengekalkan tradisi keterbukaan #TeamMOF yang terhasil menerusi siri turun padang dan jelajah negeri, perbincangan dengan lebih 30 sesi kumpulan fokus selain mengkaji lebih 1,100 memorandum dan hampir 50,000 cadangan yang diterima melalui portal Bajet 2022.

Bajet 2022 juga dirangka setelah 80 sesi sumbang saran bersama ahli-ahli Yang Berhormat merentasi doktrin politik, tanpa mengira kerajaan mahupun pembangkang.

No Image Caption

Objektif utama kerajaan adalah memberi tumpuan untuk memulihkan semula setiap segmen sosioekonomi negara. Bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”, Bajet 2022 mendokong tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

No Image Caption

Matlamat Bajet 2022 kekal dengan tiga Fokus Induk iaitu:

- Rakyat Yang Sejahtera
- Perniagaan Yang Berdaya Tahan
- Ekonomi Yang Makmur dan Mampan

Bagi mencapai matlamat Rakyat Yang Sejahtera, kerajaan melalui Bantuan Keluarga Malayssia (BKM) memberi tumpuan kepada strategi “Memulih Kehidupan Dan Mata Pencarian” iaitu dengan meneruskan pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkasa aspek pendidikan dan kesihatan awam serta terus menjana peluang-peluang pekerjaan.

Artikel Berkaitan:

BKM 2021 memberi manfaat kepada 9.6 juta orang dengan kos sebanyak RM8.2 bilion.

No Image Caption

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!