Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua lagi mayat mangsa banjir ditemukan di Taman Seri Muda

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Angka korban akibat banjir di Taman Sri Muda di sini, terus meningkat dengan penemuan dua lagi mayat, hari ini.

Ia menjadikan bilangan mangsa yang maut di kawasan Taman Sri Muda mencecah 14 orang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dua mangsa terbaharu itu merupakan dua beranak warga tempatan iaitu seorang bapa berusia 78 tahun dan anak perempuannya berusia 48 tahun yang ditemukan di sebuah rumah teres satu tingkat pada 1.40 tengah hari tadi.

"Kita mendapat makluman tentang dua beranak ini daripada keluarga terdekat susulan mereka ini tidak dapat dihubungi sejak banjir melanda.

"Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat," katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Tempat Kejadian 1 (PKTK 1) Taman Sri Muda hari ini.

Dalam perkembangan lain, Baharudin berkata, seramai 4,276 mangsa banjir telah berjaya diselamatkan dengan 4,080 mangsa dihantar ke 18 pusat pemindahan sementara (PPS) manakala selebihnya memilih untuk berpindah ke rumah saudara dan sebagainya.

Mengulas mengenai perkembangan insiden pecah masuk kedai serbaneka baru-baru ini, beliau berkata, sebanyak 10 laporan diterima membabitkan ke pecah masuk kedai serbaneka, kedai perkakasan serta sebuah restoran. - Awani

Artikel Berkaitan: