1MDB bukan dalam silibus subjek Sejarah tapi...

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kes 1MDB akan disenaraikan dalam sejarah Malaysia dan bukannya dalam silibus subjek Sejarah Malaysia.

Penjelasan itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan, Shahrul Aman Mohd Saari melalui kenyataan media hari ini.

"Semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian), Dr Maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan hanya menyebut bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.

"Laporan media memetik Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke silibus subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat. Sama ada akan dimasukkan adalah terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan (KPM)," katanya hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Skandal 1MDB bakal masuk silibus Sejarah]

Dalam pada itu, Shahrul Aman berkata, dalam memperkayakan wacana intelektual, KPM tiada halangan sekiranya isu 1MDB dijadikan sebagai kajian kes di institusi pengajian tinggi (IPT) memandangkan jenayah kleptokrasi itu merupakan isu yang mendapat perhatian dalam dan luar negara.

Semalam, media melaporkan Skandal 1MDB bakal dimasukkan ke dalam silibus mata pelajaran sejarah Malaysia sebagai usaha KPM bagi memastikan kesalahan tersebut tidak diulang generasi akan datang.

“Saya setuju dengan pandangan Pontian tentang sesuatu kesilapan dalam sejarah, perlu dipelajari agar tidak diulangi.

Artikel Berkaitan:

“Saya beri jaminan isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya tidak diulangi. Begitu juga dengan jenayah besar yang dilakukan ahli politik dalam menyamun,” kata Maszlee ketika menjawab soalan tambahan BN-Pontian di Dewan Rakyat, semalam.