Sampah banjir punca penyakit

Kelihatan mangsa banjir meredah air untuk menyelamatkan diri ketika tinjauan di Taman Seri Muda Seksyen 25. -Foto Bernama
Kelihatan mangsa banjir meredah air untuk menyelamatkan diri ketika tinjauan di Taman Seri Muda Seksyen 25. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Pakar kesihatan awam bimbang kemungkinan berlaku jangkitan kuman seperti taun jika timbunan sampah akibat banjir tidak dibersihkan segera.

Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Am, Hospital Pakar Kasih Cyberjaya, Dr Hanafiah Bashirun berkata, jangkitan kuman boleh menyebabkan cirit-birit, muntah dan senario paling buruk adalah kekeringan atau dehidrasi.

“Keduanya, sampah banjir ini pula mungkin menjadi ‘hotspot’ binatang seperti tikus, yang merupakan punca penyakit kencing tikus,” jelas beliau.

Dr Hanafiah menambah, jika sampah tersebut tidak dibersihkan segera, ia boleh menyebabkan longkang atau saliran tersumbat.

“Bila tersumbat, air akan bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes punca demam denggi,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) selain sukarelawan dapat membersihkan sampah akibat banjir ini dengan segera.

“PBT harus bekerja lebih masa untuk membersihkan sampah bertimbun di sana sini di kawasan terbabit,” katanya.

Artikel Berkaitan: