'Lebih baik MCA angkat kaki, bukan bubar BN'

Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin
A
A

KUALA LUMPUR - MCA yang perlu mengundurkan diri jika pihak itu merasakan tiada lagi keperluan berada dalam gabungan parti komponen BN.

Exco Pemuda Umno, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, cadangan Jawatankuasa Pusat MCA bagi memulakan proses pembubaran BN disifatkan canggung kerana tidak mempunyai locus standi atau hak berbuat demikian.

Menurutnya parti itu yang sepatutnya keluar daripada BN bukan sebaliknya berhelah dengan cadangan meminta gabungan parti komponen BN dibubarkan.

"Jika MCA rasakan tiada lagi keperluan bersama BN, lebih baik mereka yang undur diri bukannya minta BN dibubarkan,"katanya dalam satu kenyataan.

Muqharabbin yang juga Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai berkata, MCA sebelum ini dilihat tidak berjuang sepenuh hati serta ikhlas bersama Umno dan komponen lain.

Menurutnya, tiada usaha besar dilakukan MCA sepanjang bersama BN.

"Hanya Umno dan komponen lain bertungkus-lumus untuk menangkan parti semasa PRU. MCA pula 'hanya melepas batok di tangga'.

"Apa kerja yang mereka laksanakan sepanjang bersama BN semasa PRU 12, PRU 13, PRU 14?," soalnya.

Beliau berkata, apabila BN tidak lagi berkuasa, pemimpin MCA terus menuding jari dan mencari kesalahan sedangkan mereka langsung tiada usaha untuk kembalikan sokongan pengundi Cina kepada BN.

Ia katanya, dapat dilihat apabila hanya dua peratus kaum Cina mengundi BN pada PRU14 lalu.

"Ketika menjadi pemerhati dan ahli pemuda biasa sejak tahun 2009, saya tak nampak mereka (MCA) pasang bendera dan bergerak seiring dengan komponen untuk menangkan parti. Apa yang saya lihat, mereka akan berebut kerusi untuk menjadi calon ketika PRU.

"Saya harap BN tak terima MCA untuk bersama lagi sekiranya ada gabungan baharu yang akan dibentuk Umno, parti Pas dan lainnya jika kembali berkuasa.

"Kita satukan Melayu Islam, kita bantu dan bersama bangsa-bangsa lain yang tahu erti susah-senang bersama dan menjaga kedaulatan dan perlembagaan negara sebaik-baiknya'"katanya lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya MCA lulus usul bubar BN]

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada halangan jika MCA keluar BN]

[ARTIKEL BERKAITAN: BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti]

[ARTIKEL BERKAITAN: MCA boleh suka rela keluar BN9]

Terdahulu, MCA dilapor meluluskan usul membubarkan BN dan membentuk perikatan baharu dalam Perhimpunan Agung Tahunan di Wisma MCA.

Presidennya, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata persetujuan dibuat sebulat suara kecuali seorang perwakilan tidak bersetuju tanpa menamakan individu tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: MCA bukan penentu masa depan BN]

[ARTIKEL BERKAITAN: MCA sila kemas beg dan keluar]

[ARTIKEL BERKAITAN: Perwakilan MCA akan putuskan untuk kekal atau keluar BN]


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia