Penebar roti canai parah ditikam rakan senegara

Gambar tular memaparkan penebar roti canai parah ditikam oleh seorang lelaki warga Indonesia di medan selera di Bandar Baru Sungai Buloh pada Ahad.
Gambar tular memaparkan penebar roti canai parah ditikam oleh seorang lelaki warga Indonesia di medan selera di Bandar Baru Sungai Buloh pada Ahad.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang penebar roti canai warga Indonesia cedera parah kerana disyaki ditikam oleh rakan senegaranya di medan selera di Bandar Baru Sungai Buloh di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Zakaria ditikam dengan pisau oleh suspek lelaki berusia 27 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Suspek yang juga pekerja kedai nasi lemak di restoran sama sudah ditahan oleh orang awam dan tangkapan semula dibuat oleh anggota polis rondaan.

"Motif kejadian mangsa ditikam masih lagi dalam siasatan," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

Artikel Berkaitan: