Warga emas cedera pokok tumbang hempap rumah

Anggota bomba membawa keluar mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk terima rawatan lanjut. -Foto: ihsan JBPM Perak.
Anggota bomba membawa keluar mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk terima rawatan lanjut. -Foto: ihsan JBPM Perak.
A
A
A

BATU GAJAH - Seorang wanita warga emas cedera selepas sebatang pokok kekabu tumbang dan menghempap bahagian bilik rumahnya di Kampung Ara Payung di sini pada awal pagi Ahad.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 64 tahun dilaporkan cedera dan mengalami patah kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd Norshah Shahri berkata, sepasukan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 pagi.

"Setibanya di lokasi didapati mangsa cedera selepas ditimpa runtuhan struktur dinding akibat daripada pokok tumbang.

"Anggota mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pihak kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, anggota meneruskan operasi membersihkan lokasi dengan memotong bahagian pokok menggunakan gergaji rantai.

"Kejadian itu menyebabkan 30 peratus struktur rumah rosak. Operasi ditamatkan pada jam 5.46 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: