UMNO Johor putuskan bergerak solo tanpa Pas pada PRU15

Hasni (tengah) pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian pada Sabtu.
Hasni (tengah) pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian pada Sabtu.
A
A
A

PONTIAN - UMNO Johor mempersoalkan kejujuran Pas dalam Muafakat Nasional (MN) apabila menolak empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditawarkan kepada mereka.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, Pas lebih tertarik dengan tawaran 15 kerusi yang diberikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Di manakah kejujuran Pas terhadap UMNO? Empat kerusi DUN Johor ditawarkan kepada Pas tetapi mereka lebih selesa dengan Bersatu yang menawarkan 15 kerusi DUN.

"Justeru UMNO Johor berpendirian untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian di sini pada Sabtu.

Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata, pendirian untuk bergerak sendirian pada pilihan raya itu menjadi pegangan parti di peringkat bahagian atau cawangan untuk lebih berusaha memenangi hati pengundi.

Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai UMNO dan Pas pada September 2019, antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Artikel Berkaitan: