Ee Yi-Yew Sin 'langgar' juara Olimpik Tokyo 2020

Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mara ke separuh akhir Kejuaraan Dunia selepas menewaskan juara Olimpik Tokyo 2020, Wang Chi Lin-Lee Yang di pentas suku akhir.
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mara ke separuh akhir Kejuaraan Dunia selepas menewaskan juara Olimpik Tokyo 2020, Wang Chi Lin-Lee Yang di pentas suku akhir.
A
A
A

PEMAIN beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mencipta kejutan di saingan Kejuaraan Dunia di Huelva, Sepanyol apabila menewaskan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Chi Lin-Lee Yang dari Taiwan di pentas suku akhir pada Jumaat.

Biarpun begitu, Ee Yi-Yew Sin yang berstatus ranking ke-12 dunia sebelum itu terpaksa akur apabila kecundang 12-21 pada set pertama kepada pasangan ranking kedua dunia itu sebelum bangkit mengikat permainan dengan kemenangan 21-17 pada set kedua.

Pada set ketiga Ee Yi-Yew Sin yang mula mendapat rentak meneruskan momentum cemerlang set kedua untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 21-15 dalam perlawanan yang berlangsung selama 1 jam 05 minit.

Kemenangan itu membolehkan Ee Yi-Yew Sin menempah slot ke separuh akhir menentang pasangan sensasi dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam perebutan tempat ke perlawanan akhir.

Hoki-Kobayashi berstatus ranking keempat dunia sebelum itu mara selepas menjinakkan pasangan dari Scotland, Christopher Grimley-Matthew Grimley 21-14, 21-15 dalam perlawanan yang berlangsung selama 37 minit.

Artikel Berkaitan: