Anggota bomba cedera dipatuk ular kapak hijau

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota bomba cedera dipatuk ular kapak hijau di tangan kirinya ketika sedang bertugas dalam satu operasi menangkap ular di sebuah rumah di Kampung Baru Kerteh dekat Dungun pada 7.30 malam Jumaat.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, ketika kejadian Abdul Rahim Karim, 38, dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh sedang memasukkan reptilia itu ke dalam karung selepas berjaya menangkapnya di lokasi.

"Namun, taring ular itu yang panjang berjaya menembusi sarung tangan yang dipakai Abdul Rahim menyebabkan beliau terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman.

"Keadaannya dilaporkan stabil ketika ini dan kita harap beliau segera sembuh," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.

Tambahnya, semua anggota bomba sentiasa dinasihat agar mengutamakan keselamatan dan bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika sedang bertugas. - Bernama

Artikel Berkaitan: