Ani Maiyuni share bukti anak dibuli

Penyanyi, Ani Maiyuni
Penyanyi, Ani Maiyuni
A
A
A

PENYANYI, Ani Maiyuni memohon diberikan ruang untuk bertenang kerana berdepan dengan ujian yang menimpa anak perempuannya.

Menurut Ani, anaknya sebelum ini dibuli sehingga cedera pada tubuh badan.

"Hati ibu mana tak tersentuh bila lihat jiwa anak kadang gembira kadang murung. Jiwa dia jadi ON dan OFF perasaan dia tu.

"Saya tak biarkan dia duduk seorang diri dalam bilik. Dia mesti berteman untuk berbual supaya dia lupa apa yang berlaku.

"Memang makan masa. Semoga DIA kuat dan kentalkan jiwa anak umi ni. Be strong ok kakak. Bila berbual dan teringat apa yang terjadi pada diri dia meleleh air mata anak umi. Kakak kena kuat ok," luah Ani di Instagram.

Dalam satu perkongsian lain, Ani berkata, isu berkenaan sudah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa, PDRM untuk tindakan lanjut.

"Adik kami telah pun membuat laporan ke Balai Polis dan sebenarnya pihak @pdrmsia_official juga telah banyak membantu serta kes ini juga adik Ani dah pun lanjutkan perkara ni kepada pihak-pihak yang sepatutnya.

"Kami memerlukan ruang terutama anak saya insya-ALLAH bila datang kekuatan tu saya akan share beserta bukti-bukti di mana ada juga ibu bapa yang turut memberi kerjasama dan prihatin apabila mereka duduk dan bertanya pada anak mereka masing-masing tentang kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Dan anak-anak mereka mengakui dan turut bersimpati atas apa yang telah berlaku pada anak saya. Mereka telah bercerita perkara yang sebenarnya pada ibu bapa mereka. Itu yang memberi kekuatan buat kami untuk membuat laporan polis," coretnya lagi.