Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan dunia

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia
A
A
A

JAGUH perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia terpaksa berhempas pulas apabila diheret beraksi di set penentuan sebelum mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol, awal pagi tadi.

Juara All-England yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa beraksi hampir satu jam sebelum berjaya menundukkan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21-15, 15-21, 21-10.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejohanan Dunia: Zii Jia terselamat 'kejutan' pemain Brazil

Kejohanan dunia: Zii Jia tepati ramalan ke pusingan kedua

Ini adalah pertemuan kedua antara kedua-dua pemain itu dengan Zii Jia yang menduduki ranking ketujuh dunia pernah menumpaskan pemain ranking ke-21 itu pada pusingan kedua di Kejohanan Seluruh England 2021.

Di pusingan suku akhir, Zii Jia akan bertemu satu lagi wakil Denmark, Anders Antonsen selepas pilihan ketiga kejohanan itu menang straight set 21-9,21-11 ke atas pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu.

Artikel Berkaitan: