Kejohanan dunia: Zii Jia tepati ramalan ke pusingan kedua

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol pada Isnin.

Bagaimanapun, juara All England 2021 itu terpaksa mengharungi 50 minit perlawanan yang berlanjutan hingga set penentuan sebelum mengenepikan cabaran Jason Anthony Ho-Shue dari Kanada yang menunjukkan kebangkitan pada set kedua.

Pilihan keenam kejohanan berusia 23 tahun itu memulakan set pertama dengan menang mudah 21-10, sebelum Jason bangkit memenangi set kedua 21-17.

Zii Jia yang mendapat suntikan semangat daripada jurulatihnya Hendrawan, bermula garang menguasai permainan sebelum menoktahkan kemenangan di set ketiga 21-11 bagi berdepan pemain Brazil Ygor Coelho.

Turut ke pusingan kedua, pemain profesional negara Liew Daren yang mengalahkan pemain Israel Misha Zilberman 21-14, 21-14 dan bakal berdepan sama ada H S Pranoy dari India atau Angus Ang ka Long dari Hong Kong. - Bernama

Artikel Berkaitan: