Gugur pertuduhan kuasa Peguam Negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong ditemui media ketika Dewan Rakyat bersidang. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong ditemui media ketika Dewan Rakyat bersidang. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk meneruskan atau memberhentikan sebarang pertuduhan terhadap seseorang terletak di atas budi bicara Peguam Negara Tommy Thomas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong.

Menurut beliau, kuasa tersebut diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Peguam Negara boleh memberhentikan kes walaupun dalam prosiding di mahkamah.

“Itu adalah hak dan kuasa Peguam Negara untuk membuat keputusan, kerajaan tidak mencampuri keputusan dibuat oleh Peguam Negara,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembebasan Siti Aisyah keputusan mahkamah: Tun M

Vui Keong berkata demikian bagi mengulas permintaan Vietnam yang mahu Malaysia membebaskan rakyatnya yang terbabit dengan pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.

Huong, 30, dan Siti Aisyah, 27, dari Indonesia bersama empat lagi yang masih bebas didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 9.00 pagi, 13 Februari 2017.

Pada Isnin Mahkamah Tinggi di Malaysia melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah selepas dua tahun ditahan.

Artikel Berkaitan: