Jangan pangkah Ali Biju: Muhyiddin

Muhyiddin pada sesi Town Hall pada Majlis Pemulihan Negara, pada Rabu. - Foto Bernama
Muhyiddin pada sesi Town Hall pada Majlis Pemulihan Negara, pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - “Jangan pangkah Ali Biju.” Itu peringatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pengundi Krian agar tidak memangkah calon Bebas Datuk Ali Biju pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 Sabtu ini.

Beliau berkata sebaliknya, sokongan padu perlu diberikan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Friday Belik meskipun nama Ali terpapar di kertas undi.

“Perkara itu sudah dijelaskan oleh Ali Biju... beliau tidak bertanding. Jadi, beliau sudah beritahu pengundi jangan pangkah dia dan saya pun cakap sekarang ini, jangan pangkah dia. Kita perlu berikan undi kepada GPS untuk kerusi itu (Krian),” katanya dalam sidang media selepas sesi dialog awam bersama Majlis Pemulihan Negeri edisi Sarawak pada Rabu.

Pada 6 Disember lepas, Ali yang juga Naib Pengerusi Bersatu Sarawak mengesahkan beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri Krian sebagai calon Bebas sebelum mengumumkan menarik diri dan meminta penyokongnya menyokong Friday pada PRN itu.

Muhyiddin turut mengesahkan tiga lagi ahli Bersatu yang bertanding dalam PRN Sarawak atas tiket calon Bebas telah digugurkan keahlian secara automatik susulan tindakan mereka yang bercanggah dengan perlembagaan parti.

Mereka ialah Siki Balarik yang bertanding di Belaga, Ismawi Muhammad (Muara Tuang) dan Ricky Enteri (Bawang Assan). - Bernama

Artikel Berkaitan: