Dua suspek bunuh kontraktor warga emas positif dadah

Mangsa ditikam menggunakan pisau di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, Klang pada Jumaat lalu.
Mangsa ditikam menggunakan pisau di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, Klang pada Jumaat lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua suspek yang ditahan berhubung kes bunuh seorang kontraktor di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang Jumaat lalu didapati positif dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kedua-dua lelaki tersebut masih direman selama seminggu sehingga 17 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh kes itu termasuk hubungan suspek dan mangsa serta mengenal pasti motif pembunuhan tersebut," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Selasa.

Mazlan berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 69 tahun ditikam di hadapan rumahnya ketika hendak menunaikan solat Jumaat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat tunai solat Jumaat, warga emas maut ditikam

Artikel Berkaitan: