Polis cari individu bergaduh dalam video tular

Dua lelaki dirakam memukul seorang mangsa dalam video tular di Facebook.
Dua lelaki dirakam memukul seorang mangsa dalam video tular di Facebook.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan individu terlibat dalam pergaduhan membabitkan tiga lelaki dalam sebuah video tular dipercayai dirakam di Kondominium Wira Jaya, Setapak di sini.

Klip video berdurasi dua minit 10 saat itu memaparkan dua lelaki bertindak memukul seorang mangsa dipercayai akibat perselisihan faham berkaitan kerja-kerja ubah suai rumah.

Dua lelaki berkenaan dirakam menendang dan menumbuk mangsa yang tidak melawan sambil memberi amaran kepada dua rakan mangsa yang berada di tempat kejadian supaya tidak masuk campur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Anas Najib pada Jumaat yang dipercayai melibatkan tiga lelaki tempatan.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menjalankan siasatan berhubung video yang tular tersebut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Kes masih di dalam siasatan pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau meminta saksi awam supaya tampil untuk membantu siasatan dan menggesa orang ramai untuk tidak menyebarkan video tersebut yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran," ujarnya.

Artikel Berkaitan: