Taman Botani Negara Shah Alam ditutup hingga 31 Mac

Kain rentang diletakkan dihadapan pintu masuk hadapan memaparkan mengenai penutupan sementara Taman Botani Negara Shah Alam.
Kain rentang diletakkan dihadapan pintu masuk hadapan memaparkan mengenai penutupan sementara Taman Botani Negara Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Taman Botani Negara Shah Alam ditutup sehingga 31 Mac ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan selepas ribut kuat melanda, Ahad lalu.

Selain kerja pembersihan, pihak Taman Botani Negara juga akan menjalankan kerja pembaikan melibatkan beberapa pokok serta infra yang terjejas.

Pegawai Perhubungan Awam Taman Botani Negara, Nurul Wardina Abdullah berkata penutupan dijalankan berikutan kerja pembaikan dan pembersihan.

Banyak pokok tumbang dalam kejadian ribut di Taman Botani Negara.
Banyak pokok tumbang dalam kejadian ribut di Taman Botani Negara.

“Tiga rusa dewasa mati, selain pokok tumbang serta kemudahan tapak untuk aktiviti riadah turut mengalami kerosakan.

"Susulan itu, dijangka Taman Botani Negara ini akan beroperasi semula pada 1 April ini," katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati kain rentang yang memaparkan mengenai penutupan sementara ini diletakkan di hadapan pintu hadapan Taman Botani Negara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ribut kuat turut menjejaskan penempatan haiwan.
Ribut kuat turut menjejaskan penempatan haiwan.

Dalam pada itu, pemulihan itu turut membabitkan pemotongan pokok berskala besar melintangi setiap laluan serta membersihkan beberapa kawasan yang terjejas teruk.

Difahamkan kerja pembersihan dan pembaikan itu melibatkan seramai 80 petugas Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan Negeri dan kakitangan Taman Botani berkenaan.

Kelmarin Jabatan Metereologi Malaysia memaklumkan ribut petir yang berlaku di sebelah petang di beberapa kawasan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan berterusan, sehingga Jumaat ini.