Dua suspek tikam warga emas direman seminggu

Warga emas berusia 69 tahun maut selepas ditikam di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, Klang pada Jumaat.
Warga emas berusia 69 tahun maut selepas ditikam di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, Klang pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Dua suspek yang disyaki menikam seorang warga emas di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, di sini pada Jumaat direman selama seminggu untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perintah reman terhadap kedua-dua suspek yang berusia 33 tahun tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Klang pada Sabtu.

"Tempoh tahanan reman bagi kedua-dua suspek selama tujuh hari sehingga 17 Disember dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang warga emas berusia 69 tahun maut akibat ditikam menggunakan sebilah pisau di hadapan rumahnya semasa mangsa mahu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Menurut laporan, polis berjaya menahan dua lelaki berusia 33 tahun dalam dua tangkapan berasingan di sekitar Klang dan Shah Alam pada hari sama.

ARTIKEL BERKAITAN Tak sempat tunai solat Jumaat, warga emas maut ditikam

Artikel Berkaitan: