Jangan cepat percaya mitos 'jarum panjang, besar’

Foto 123rf (Gambar kecil: Dr Mohd Dzulkhairi)
Foto 123rf (Gambar kecil: Dr Mohd Dzulkhairi)
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan mitos ‘jarum panjang dan besar’ sebagai alasan untuk tidak menderma darah.

Pakar perubatan kesihatan awam daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menderma darah ketika ini masih kurang.

“Mereka takut sebab kononnya jarum yang digunakan itu besar. Mereka juga fikir tiada sebab untuk menderma darah sebab tidak nampak keperluan.

“Apabila saya terlibat dengan kempen menderma darah, alasan yang paling kerap diterima daripada orang ramai ialah mereka takut jarum dan takut sakit apabila disuntik,” katanya.

Justeru, beliau menasihati mereka yang belum pernah menderma darah agar mendapatkan maklumat tepat seperti mendengar sendiri pengalaman penderma lain.

Menurutnya, negara memerlukan bekalan darah secara berterusan kerana bekalan terus berkurangan disebabkan penggunaan tinggi dan mempunyai tarikh luput.

“Walaupun pendermaan darah ini amat digalakkan, ada beberapa kumpulan yang ditegah daripada menderma darah,” katanya.

Artikel Berkaitan: