Pencemaran kilang punca air sungai bertukar hijau

Antara gambar air Sungai Kechau Tui, Lipis bertukar warna hijau yang dikongsi pengguna FB, Man Teybor menerusi kumpulan FB Laman Loghat Pahang (LPP). - Foto FB Man Teybor
Antara gambar air Sungai Kechau Tui, Lipis bertukar warna hijau yang dikongsi pengguna FB, Man Teybor menerusi kumpulan FB Laman Loghat Pahang (LPP). - Foto FB Man Teybor
A
A
A

KUANTAN - Pencemaran sebuah kilang di kawasan berhampiran Sungai Kechau Tui, Lipis menjadi punca air sungai terbabit bertukar warna menjadi kehijauan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cameron Highlands telah membuat siasatan selepas menerima aduan yang ditandakan ke Facebook jabatan itu berhubung isu berkenaan.

Pasukan penyiasat JAS Cameron Highlands melakukan pemeriksaan di kawasan berhampiran Sungai Kechau Tui, Lipis. Foto: FB Tuan Ibrahim
Pasukan penyiasat JAS Cameron Highlands melakukan pemeriksaan di kawasan berhampiran Sungai Kechau Tui, Lipis. Foto: FB Tuan Ibrahim

Beliau berkata, pasukan penyiasat JAS Cameron Highlands telah menyusuri anak sungai dan mendapati punca pencemaran tersebut adalah dari sebuah kilang.

“Hasil pemeriksaan mendapati longkang belakang premis menjadi tempat membilas bekas 'IBC dye' biru.

"Berikutan itu, sepuluh kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik premis. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Tuan Ibrahim berkata, siasatan dan pemantauan lanjut akan diteruskan.

“Terima kasih pengadu dan JAS Cameron Highlands yang telah bertindak dengan segera,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu, Sinar Harian menyiarkan laporan mengenai misteri perubahan air sungai Sungai Kechau Tui selepas gembar terbabit dimuat naik seorang pengguna media sosial, Man Teybor menerusi kumpulan Facebook Laman Loghat Pahang (LPP).

Gambar berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan segera.