Villarreal tempah slot terakhir pusingan kalah mati

Danjuma cemerlang ketika membantu Villarreal mengatasi Atalanta di Bergamo.
Danjuma cemerlang ketika membantu Villarreal mengatasi Atalanta di Bergamo.
A
A
A

VILLARREAL menjadi pasukan terakhir mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara apabila dua jaringan bintang sensasi Belanda, Arnaut Danjuma membantu The Yellow Submarine menang 3-2 di Atalanta dalam perlawanan terakhir Kumpulan F.

Perlawanan itu dijadualkan berlangsung pada Khamis tetapi ditangguhkan kerana salji, menyaksikan Villarreal mendahului apabila Danjuma memecahkan kebuntuan pada minit ketiga perlawanan.

Atalanta yang memiliki penguasaan bola dalam aksi di Bergamo apabila melakukan deretan percubaan ke gawang lawan, namun sekali lagi ketinggalan apabila Etienne Capoue menjadikan kedudukan 2-0 tiga minit sebelum rehat.

Anak buah Gian Piero Gasperini yang tahu hanya kemenangan akan mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terakhir diiringi Manchester United, kembali lebih garang babak kedua.

Namun begitu, Danjuma sekali lagi meletakkan skuad Unai Emery di depan minit ke-51, sebelum pemain gantian Ruslan Malinovskiy memberikan Atalanta harapan baharu buat tuan rumah 19 minit kemudian.

Duvan Zapata berjaya mengurangkan defesit untuk tuan rumah apabila mencetak gol minit ke-90, namun belum mencukupi untuk menidakkan kemaraan Villarreal dengan status kedua terbaik kumpulan apabila memperoleh empat mata di depan mengatasi kelab Itali itu yang akan beraksi di saingan Liga Europa.

Artikel Berkaitan: