UMNO Selangor minta diberi autonomi teruskan MN

Noh (tiga dari kanan) menyerahkan geran bantuan kepada pihak Aducktive Good Sdn Bhd semasa lawatan beliau ke kilang itu di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Kuala Selangor pada Khamis.
Noh (tiga dari kanan) menyerahkan geran bantuan kepada pihak Aducktive Good Sdn Bhd semasa lawatan beliau ke kilang itu di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Kuala Selangor pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - UMNO Selangor berharap pucuk pimpinan tertinggi parti itu memberi autonomi untuk meneruskan kerjasama dengan Pas di negeri ini menerusi Muafakat Nasional (MN).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, hubungan kerjasama antara UMNO dan Pas di negeri ini amat baik dan dilihat lebih berkesan.

"Kalau boleh Selangor ini berilah autonomi untuk menguruskan sendiri (kerjasama antara UMNO dan Pas).

"Setakat hari ini, kita ada hubungan yang baik dengan Pas. Kita nampak MN di Selangor ini lebih berkesan," katanya pada sidang akhbar selepas Lawatan Kerja di Aducktive Good Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Kota Puteri di sini pada Khamis.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi memperkukuh MN termasuk mengadakan perbincangan dan mesyuarat pada bulan lalu.

"Kita minta diberi sedikit keistimewaan di Selangor ini untuk UMNO dan Pas meneruskan kerjasama MN," ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, segala keputusan berhubung kerjasama itu terserah kepada kepimpinan parti masing-masing.

"Apa pun keputusan, ini diputuskan pucuk pimpinan peringkat atas dan kita akan mengikut ketetapan ditentukan," katanya.

Artikel Berkaitan: