Projek Jalan Kampung Lombong siap 68 peratus

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Projek naik taraf di Jalan Kampung Lombong, Seksyen 29, di sini, yang didakwa gagal disiapkan sejak tiga tahun lalu kini dilaporkan sudah dilaksanakan hampir 68 peratus.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Klang dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, kelewatan berlaku di pihak utiliti dalam meluluskan skop kerja dan kadar harga.

"Tarikh siap asal projek terbabit adalah pada 2 Oktober tahun lalu, namun disebabkan kelewatan itu kita jangkakan ia akan siap pada 5 November ini.

"Namun berdasarkan kemajuan jadual sehingga 4 Mac lalu, projek naik taraf sejauh 6 kilometer itu sudah siap hampir 68 peratus, "katanya.

Terdahulu, penduduk Kampung Lombong menggesa satu perjumpaan diaturkan dengan pihak kontraktor serta JKR bagi mendapatkan penjelasan berhubung status terkini projek pelebaran jalan di kawasan tersebut.

Penduduk mendakwa, kerja-kerja dijalankan dilihat dilakukan secara tidak teratur dan menyebabkan mereka berdepan dengan masalah trafik terutamanya pada waktu puncak, laluan bertambah sempit, berhabuk termasuk risiko keselamatan kerana banyak lori pasir serta treler turut menggunakan laluan sama menyebabkan jalan rosak serta berlubang.

ARTIKEL BERKAITAN: Gesa pertemuan dengan JKR, kontraktor

Dalam perkembangan sama, JKR Daerah Klang memberitahu, pihaknya sudah membuat pembaikan jalan di kawasan tersebut melalui kontraktor dilantik dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

"Kerosakan teruk pada jalan adalah disebabkan lori lebih muatan yang melalui kawasan itu termasuk lori-lori dari kawasan pembinaan sekitar.

"Bagaimanapun pihak kontraktor telah cuba sebaik mungkin untuk mengurangkan kerosakan tersebut," katanya.