X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

35 kenderaan guna lampu HID disaman

JPJ membuat pemeriksaan pada kenderaan yang menggunakan lampu HID.
A
A

SEREMBAN - Seramai 35 individu dikenakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan kerana menggunakan lampu High Intensity Discharged (HID) pada kenderaan.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kenderaan berkenaan dikenakan tindakan dalam operasi khas lampu HID di Kilometer 5.5 Jalan Seremban-Tampin berhadapan JPJ pada Selasa.

"Dalam operasi dua jam yang bermula pada 9 malam itu, sebanyak 496 kenderaan diperiksa dan 55 dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

"Daripada jumlah itu, 35 buah kenderaan dikenakan tindakan mengikut Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1959 kerana memasang lampu HID secara retrofit tanpa kebenaran," katanya kepada Sinar Harian, pada Rabu.

Menurutnya, operasi dilaksanakan bahagian Penguat kuasa JPJ itu bagi memastikan pemilik kenderaan persendirian khususnya, mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kata beliau, penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan kerana kesalahan pemasangan lampu HID boleh menimbulkan ketidakselesaan dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

"JPJ Negeri Sembilan sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjamin.

"Ia juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kerana pengguna jalan raya lain akan menghadapi kesukaran memandu akibat pencahayaan tinggi dan menyebabkan keadaan silau," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!