Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia ditubuh di UPSI

Ismail Sabri berkata penubuhan yayasan itu seiring dengan prinsip kerajaan untuk sentiasa memastikan tiada seorang pun yang tercicir atau terpinggir. - Awani
Ismail Sabri berkata penubuhan yayasan itu seiring dengan prinsip kerajaan untuk sentiasa memastikan tiada seorang pun yang tercicir atau terpinggir. - Awani
A
A
A

TANJUNG MALIM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu mengumumkan penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia yang memfokus kepada nilai-nilai pengkayaan Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, penubuhan pusat itu yang akan ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini berupaya menginstitusikan ‘Keluarga Malaysia’ dengan menjadi hab

penyelidikan, pendidikan, latihan dan penyebaran ilmu.

"Bagi menerajui penyelidikan dan mempromosikan konsep keluarga Malaysia, suka saya umumkan penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia.

"Saya mahu pusat ini ditempatkan di sini iaitu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sesuai dengan jolokan sebagai institusi ulung yang membawa perubahan dalam pengembangan pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Keluarga Malaysia@IPT di Dewan Tuanku Cancelor Kampus Sultan Azlan Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Rabu.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Ismail Sabri optimis dengan kreativiti, inovasi serta kolaborasi strategik yang melibatkan pelbagai pihak, pusat berkenaan dapat memainkan peranan yang signifikan dalam meningkat, mempromosi dan menyebarluaskan lagi konsep serta usaha membudayakan nilai-nilai pengkayaan Keluarga Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Sedar atau tidak, kebanyakan masa khususnya pelajar berluang masa di kampus dengan rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah, menyerlahkan kebersamaan sebagaimana semangat

Keluarga Malaysia," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengajian Tinggi melancarkan Keluarga Malaysia @IPT dan mahu setiap warga IPT khususnya anak muda untuk sama-sama

menghayati tiga teras dan nilai utama Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan keyukuran.

"Bagi merentasi hari, kita memerlukan semangat serta nilai kekeluargaan. Umpama aur dan tebing; tiada aur, runtuhlah tebing.

"Tuntasnya, persekitaran ini telah membentuk keluarga baharu kepada pelajar sekelian dan di sinilah lahirnya idea untuk membentuk Keluarga Malaysia@IPT.

"Aura Keluarga Malaysia dilakar melalui kerjasama yang harmoni, sikap saling menghormati dan keterbukaan pelajar terhadap perbezaan," katanya.