Dua lagi sekolah terjejas pencemaran kimia


Suasana sedikit kecoh apabila ibu bapa mahu mengetahui keadaan anak masing-masing dan mereka tidak dibenarkan masuk bagi memberi ruang kepada pesakit mendapat rawatan.
Suasana sedikit kecoh apabila ibu bapa mahu mengetahui keadaan anak masing-masing dan mereka tidak dibenarkan masuk bagi memberi ruang kepada pesakit mendapat rawatan.
A
A
A

PASIR GUDANG- Selepas dua sekolah, SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih terjejas akibat pencemaran bahan kimia, kini dua lagi sekolah menerima nasib sama.

Sekolah tersebut ialah SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri Resort yang menjadikan empat buah sekolah terjejas setakat ini ekoran pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Khamis lalu.

SK Tanjung Puteri Resort terletak berhampiran dua buah sekolah yang ditutup tersebut dan lapan pelajarnya kini dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas menunjukkan simptom keracunan bahan kimia, hari ini.

Exco Kesihatan, Dr Sahruddin Jamal mengesahkan perkara tersebut, sebentar tadi.

Seorang guru bertugas mengumumkan nama-nama pelajar yang sedang dirawat di dewan.
Seorang guru bertugas mengumumkan nama-nama pelajar yang sedang dirawat di dewan.

Beliau berkata, lapan pelajar terbabit mengalami sesak nafas dan muntah-muntah.

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan yang tersebar bahawa kesemua mangsa tidak sedarkan diri.

"Yang dibawa ke HSI kerana menghidap simptom yang sama seperti pesakit lain namun memerlukan pemantauan lanjut. Sementara yang lain hanya mendapat rawatan di dewan (Dewan Komuniti Taman Pasir Putih)," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati lebih 100 pelajar SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri Resort sedang menerima rawatan di dalam dewan.

Suasana sedikit kecoh apabila ibu bapa mahu mengetahui keadaan anak masing-masing dan mereka tidak dibenarkan masuk bagi memberi ruang kepada pesakit mendapat rawatan.

Guru bertugas turut meminta ibu bapa bertenang dan tidak risau anak-anak yang sedang menerima rawatan.

Artikel Berkaitan: