ExecuJet bangunkan kemudahan MRO baharu di Lapangan Terbang Subang

ExecuJet telah menandatangani pajakan tanah dengan MAHB untuk membangunkan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan pengendalian operasi (MRO) baharu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang (Lapangan Terbang Subang).
ExecuJet telah menandatangani pajakan tanah dengan MAHB untuk membangunkan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan pengendalian operasi (MRO) baharu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang (Lapangan Terbang Subang).
A
A
A

EXECUJET MRO Services Malaysia telah menandatangani pajakan tanah dengan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) untuk membangunkan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan pengendalian operasi (MRO) baharu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang (Lapangan Terbang Subang).

ExecuJet, syarikat milik Dassault Aviation berkata, kemudahan itu akan meliputi kawasan seluas 144,000 kaki persegi, termasuk bengkel kerja yang akan memperluaskan lagi keupayaan ExecuJet, selain pejabat dan kawasan untuk pelanggan.

“Pembinaan kemudahan itu akan mengambil masa kira-kira 18 hingga 24 bulan (untuk disiapkan), dan syarikat akan berpindah ke kemudahan baharu yang lebih besar untuk menampung pertumbuhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Naib presiden serantau ExecuJet Asia Ivan Lim berkata, kemudahan MRO baharu itu akan membolehkan syarikat itu terus membangun dan berkembang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari Malaysia dan rantau Asia.

“Kami secara berterusan mengembangkan tenaga kerja berkemahiran tinggi kami di sini di Malaysia dan kehadiran kami di Subang mengukuhkan lagi status Malaysia sebagai pusat terkemuka untuk penerbangan perniagaan dan penerbangan am di rantau Asia,” katanya.

ExecuJet pada masa ini terletak di kawasan lain di lapangan terbang dan telah pun menjadi MRO pesawat/penerbangan perniagaan terbesar di Malaysia.

Ia menyediakan perkhidmatan kepada pengendali Dassault, Bombardier dan Gulfstream merentasi seluruh rantau Asia dan diperakui oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA AS), Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) dan pengawal selia antarabangsa yang lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: