Jasad dua beranak tenang umpama sedang tidur

Jasad kedua-dua beranak yang lemas terjatuh bot dilihat dalam keadaan tenang seolah-olah sedang tidur.
Jasad kedua-dua beranak yang lemas terjatuh bot dilihat dalam keadaan tenang seolah-olah sedang tidur.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Jasad kedua-dua beranak yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot ketika mahu memukat udang di perairan Kota Kuala Muda di sini pada Khamis dilihat seolah-olah sedang tidur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim berkata, mangsa, Mohamad Ariffie A Razak, 68, dan anaknya, Zulhusni Mohamad Ariffie dilihat dalam keadaan tenang.

Beliau berkata, kejadian yang menimpa dua beranak itu juga amat mengejutkan rakan nelayan lain apabila ternampak bot dinaiki mangsa terbalik.

"Saya difahamkan, nelayan lain yang ternampak mereka terjatuh membawa mangsa pulang ke Jeti Pendaratan Ikan Pasar Bisik sebelum disahkan meninggal dunia.

"Bagaimanapun, kedua-dua beranak itu dilihat dalam keadaan baik, wajahnya tenang seperti sedang tidur," katanya ketika menyampaikan khairat kematian sumbangan kerajaan negeri Kedah kepada isteri Mohamad Ariffie iaitu Latipah Din, 60, di Kampung Matang Bagan di sini pada Khamis.

Ahmad Fadzli menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada Latipah di Kampung Matang Bagan, Sungai Petani pada Khamis.
Ahmad Fadzli menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada Latipah di Kampung Matang Bagan, Sungai Petani pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Latipah yang mengusahakan nira nipah berkata, sebelum ini suaminya akan membantu setiap kali mahu menyiapkan bekalan minuman itu untuk dijual.

"Tetapi semalam (Rabu), suami tidak membantu, hanya diam.

"Setiap malam sebelum tidur, suami akan berzikir dan berdoa. Itu amalan yang dilakukan sejak dahulu.

"Pagi tadi bila sedar, mereka tak ada di rumah tetapi keluar memukat udang. Tidak lama selepas itu, saya dapat berita kejadian berlaku, agak terkejut juga," katanya.

Gambar kenangan Mohamad Ariffie menyediakan bekalan nira nipah untuk dijual.
- Foto media sosial
Gambar kenangan Mohamad Ariffie menyediakan bekalan nira nipah untuk dijual. - Foto media sosial

Menurutnya, sebelum ini, anaknya, Zulhusni sering mengajak abang ipar atau ayahnya untuk turun ke laut kerana jarang berkesempatan berbuat demikian sejak akhir-akhir ini.

"Selepas ayahnya bersetuju nak bawa bot, mereka pergi pagi tadi," katanya.

Gambar kenangan Zulhusni membantu keluarga menyediakan bekalan nira nipah untuk dijual.
- Foto media sosial
Gambar kenangan Zulhusni membantu keluarga menyediakan bekalan nira nipah untuk dijual. - Foto media sosial

Tambah Latipah, suami dan anaknya itu jarang sakit, cuma Zulhusni kerap mengalami sawan ketika masih kecil.

Dia bagaimanapun reda dengan ujian yang menimpa kedua-dua orang disayangi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa, anak lemas ketika pukat udang