Teroka peluang kerjasama dengan Jakarta

Mohd Asmirul (kiri) ketika menerima cenderahati daripada Anies Baswedan selepas tamat pertemuan itu.
Mohd Asmirul (kiri) ketika menerima cenderahati daripada Anies Baswedan selepas tamat pertemuan itu.
A
A
A

ALOR SETAR - Kedah berusaha menerokai peluang kerjasama dengan Jakarta, Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk mencecah 11 juta orang dengan kuasa membeli yang tinggi.

Exco Belia dan Sukan, Pelancongan dan Usahawan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, pada pertemuan beliau bersama Gabenor Jakarta, Anies Baswedan pada 8 Mac lalu telah bincangkan beberapa perkara babitkan hubungan dan kerjasama dua hala antara negeri ini dan wilayah tersebut.

Menurutnya, antara perkara yang jadi tumpuan membabitkan promosi pelancongan, peluang kerjasama usahawan termasuk usaha perkukuhkan kesenian dan kebudayaan yang babitkan gabungan Melayu Nusantara.

"Dalam sektor pelancongan contohnya, Kedah boleh perkukuhkan peluang dan kerjasama usahawan dua negeri ini terutamanya dalam memberi penekanan kepada pasaran Halal Food yang semakin dapat permintaan.

Delegasi dari Kedah (kiri) ketika bertemu pemimpin-pemimpin dari Jakarta di Pejabat Gabenor Jakarta di bandaraya tersebut.
Delegasi dari Kedah (kiri) ketika bertemu pemimpin-pemimpin dari Jakarta di Pejabat Gabenor Jakarta di bandaraya tersebut.

"Usahawan dari negeri ini boleh manfaatkan peluang ini kerana penduduk yang tinggal di bandar Jakarta cukup ramai kerana mencecah 11 juta orang pada hari ini," katanya.

Mohd Asmirul berkata, Kedah juga kini sedang promosikan 'Medical Tourism' di negeri ini dengan merangka serta mempromosi 'Low Cost Specialist Hospital' dan diketengahkan kepada rakyat Indonesia yang berkemampuan boleh datang untuk dapatkan rawatan kesihatan.

Katanya lagi, hasil kerjasama dengan beberapa hospital swasta yang telah dikenal pasti di negeri ini, pelancong dari Jakarta mampu datang dalam masa singkat kerana jarak perjalanan melalui lebuh raya Pulau Pinang ke Kedah mengambil masa 45 minit sehingga ke satu jam sahaja.

Artikel Berkaitan: