X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Polis kesan suspek umpil kereta

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan suspek dipercayai terlibat dalam kecurian wang tunai dan barangan peribadi dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan Tebing, Brickfields di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, mangsa meletakkan kenderaan miliknya itu dalam keadaan berkunci di tempat kejadian sekitar jam 10 malam pada Rabu dan hanya menyedari kereta tersebut hilang pada Jumaat.

"Mangsa cuba mencari kereta jenis Proton Saga LMST berkenaan dan menemui kenderaan tersebut lebih kurang 150 meter dari lokasi ia diletakkan. Pemeriksaan dalam kenderaan mendapati barang diletakkan di dalam laci papan pemuka kereta iaitu wang tunai, pelbagai jenis kad, minyak wangi dan beberapa dokumen penting hilang.

"Siasatan awal mendapati terdapat kesan umpil di bahagian pintu hadapan sebelah kiri kereta pengadu dan polis mengesan empat kesan cap jari di bahagian tingkap pintu berkenaan," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Amihizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut supaya tampil untuk membantu siasatan.

Saksi yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan dan maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!