X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Warisan lebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia Disember ini

Shafie Apdal berkata, sudah tiba masanya parti tersebut diperluaskan hingga ke Semenanjung Malaysia bagi meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu.
A
A

SEMPORNA - Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diwujudkan di Sabah akan melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia pada Disember depan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sudah tiba masanya parti ini diperluaskan hingga ke Semenanjung Malaysia bagi meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu.

"InsyaAllah kita akan menjadi sebuah landasan pilihan kepada rakyat di negara ini dan apa yang dicita-citakan oleh pejuang terdahulu Alamrhum Tunku Abdul Rahman, Tun Mustapha, iaitu kita membina sebuah negara yang tidak berlandaskan hanya kepada kaum dan agama.

"Itu sebenarnya telah pun telah dilaungkan oleh mereka jauh lebih awal tapi malangnya kita terbabas seakan akan sudah menjurus ke arah satu jalan yang kita katakan seumpama di Amerika Syarikat iaitu 'White Supremacy," katanya.

Sehubungan itu Parti Warisan yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak perlu dijenamakan semula kerana dalam perlembagaan dan pendaftaran di Jabatan Pertubuhan Malaysia (RoS) parti ini hanya di daftarkan sebagai Parti Warisan dan tidak merujuk kepada negeri Sabah sahaja.

"Parti Warisan sahaja, itu dalam perlembagaan jadi maknanya perubahan yang ada mungkin kita kekalkan Parti Warisan itu untuk membolehkan bahawa tidak ada nama Sabah, tidak ada yang dilabelkan seakan akan kenegerian.

"Memang ada di peringkat awal cuma dia alias Parti Warisan. Memang ada dalam perlembagaan jadi perubahan itu tidak perlu dilakukan," katanya lagi.

Tambahnya, keputusan melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan permohonan daripada rakanrakan pemimpin yang melihat semangat perjuangan parti tersebut dalam membela hak rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Parti Warisan Bahagian Semporna di Hotel Seafest Semporna pada Khamis.

Beliau turut menambah, kepimpinan dalam parti Warisan memberi tumpuan kepada pemimpin muda dan kini Parti Warisan diterajui 80 peratus pemimpin muda. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!