X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Aksi Pemain Api

A
A

Aksi tangkas pemain api Bar Anak Hantu memukau setiap pengunjung di Pantai Chenang pada waktu malam dengan diiringi muzik.

Antara yang menarik perhatian seperti persembahan piramid, solo play, skill stik, tali boy, twin-double-play dan terakhir persembahan bunga api menggunakan sparkle. Namun hanya yang sudah mahir dibenarkan beraksi. Kemahiran seorang pemain api dinilai dari kelajuan bermain stik, spin tali

dan dapat menangkap balingan tali api dengan kemas dalam setiap persembahan. Aktiviti ahli bar anak hantu ini bermula seawal empat petang dimana mereka menyediakan keperluan seperti stik, minyak tanah, diesel, air, pum dan sparkle untuk bunga api. Menurut pengurus Bar Anak Hantu,

Syazuan Hazani, aktiviti ini semakin diminati terutama dari golongan muda Pulau Langkawi, selain dapat membina kemahiran diri aktiviti ini juga dapat menjana pendapatan sampingan mereka. Aktiviti ini melibatkan lapan hingga sembilan orang dalam satu persembahan. - Foto Bernama.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!