Sila log masuk terlebih dahulu.

Sabau ler... Ini pilihan Melaka

23 November 2021 | Wacana
A
A
A

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat negara ini khususnya di Melaka mahukan kestabilan politik agar pimpinan kerajaan yang dibentuk akan membawa kemajuan dan pembangunan jitu di negeri itu.

Mandat kerajaan negeri Melaka menjadi milik BN setelah disahkan memperoleh majoriti apabila menangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN Melaka.

Namun mandat yang diberikan itu merupakan tanggungjawab yang amat besar bagi para pemimpin yang telah dipilih untuk terus memulihkan negeri itu.

PRN Melaka menyaksikan 112 calon layak bertanding. Daripada jumlah berkenaan, 28 calon masing-masing daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) (lima), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) (satu) dan Bebas (22).

Saksikan diskusi lanjut dalam Wacana Siri 306 MALAM INI di semua platform media sosial kami:

#WacanaSinar

#SinarUntukMalaysia

#MelakaPilihSiapa