X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Pembahagian kerusi antara parti komponen GPS hampir selesai

Abang Johari ng
A
A

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berdepan masalah besar berhubung pembahagian 82 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara empat parti komponennya bagi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hanya ada sedikit masalah tetapi ia boleh diselesaikan kelak melalui perbincangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kedudukan tiga kerusi iaitu Opar, Mambong dan Bawang Assan, iaitu tiga kerusi tradisi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), tetapi ketiga-tiga penyandang iaitu Datuk Ranum Mina (Opar), Datuk Dr Jerip Susil (Mambong) dan Datuk Seri Wong Soon Koh sudah keluar meninggalkan SUPP untuk menubuhkan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Jerip bagaimanapun keluar dari PSB untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Kepada soalan lain berhubung calon parti komponen mana akan diletak bertanding di kerusi Mambong, Abang Johari berkata, perkara itu akan dibincangkan nanti.

Ditanya apakah pemilihan calon GPS dibuat berdasarkan parti atau personaliti, beliau berkata, perkara itu juga akan diputuskan dalam perbincangan antara empat parti komponen, iaitu PBB, SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN pada PRN akan datang. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!