UMNO sentiasa terbuka untuk kerjasama

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan UMNO sentiasa terbuka dalam apa jua usaha untuk berunding ke arah kerjasama yang akan memberikan manfaat kepada ummah.

Beliau berkata, ramai pemimpin utama Pas yang menghubunginya menyarankan agar perundingan Muafakat Nasional (MN) diteruskan.

“Sebagaimana sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dua kali saya bersama-sama dengan kepimpinan tertinggi UMNO mengadakan pertemuan dengan delegasi pimpinan Pas termasuk yang diketuai Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Waktu itu lagi kami membawa mandat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menawarkan agar Pas dapat bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) atas logo Pas.

“Kami tidak sesekali meminta Pas bertanding atas logo BN tetapi atas logo keramat bulan yang menjadi kebanggaan parti tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini, Pas turut ditawarkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu termasuk kerusi Duyong kawasan Pesuruhjaya Negeri, Datuk Kamaruddin Sidek sendiri.

Bagaimanapun katanya, Pas lebih terdorong menerima tawaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding di kerusi-kerusi UMNO menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dengan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun berulang kali sebelum ini, Timbalan Presiden Pas memberikan jaminan tidak akan ganggu kerusi-kerusi yang telah dimenangi UMNO dalam PRU14.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun BN menang besar dengan majoriti 2/3 iaitu 21 daripada 28 kerusi DUN, kepimpinan UMNO masih bersifat terbuka, jauh sekali untuk berasa selesa mahupun sombong dengan kemenangan yang ditakdirkan dalam PRN Melaka,” ujarnya.