MBSA laksana kempen pengurangan kompaun sepanjang Disember

Shahrin
Shahrin
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan Kempen Pengurangan Kompaun RM10 bagi kesalahan tempat letak kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA) sepanjang Disember ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, MBSA turut menawarkan pengurangan kompaun sehingga 70 peratus daripada bayaran sebenar kompaun yang dikenakan ke atas beberapa kesalahan lain.

"Kompaun yang layak untuk mendapat pengurangan tersebut adalah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005.

"Selain itu, Undang-undang Kecil Establishment Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007, Undang-Undang Kecil Iklan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007, Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007, " katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, pelaksanaan kempen itu merupakan inisiatif MBSA untuk memberi peluang kepada Orang Kena Kompaun (OKK) menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas diambil termasuk tindakan mahkamah.

Jelasnya, orang ramai boleh membuat pembayaran kompaun di kaunter utama, kaunter pandu lalu, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam serta pejabat cawangan di Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Pejabat Setia Alam.

"Untuk kompaun kesalahan tempat letak kereta, saluran bayaran JomPAY juga telah diperkenalkan untuk memudahkan OKK untuk membuat bayaran kesalahan.

"OKK hanya perlu memasukkan biller code 6726, nombor kompaun pada ref1 serta nombor telefon pada ref2 dan seterusnya jumlah bayaran," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu beliau berkata, OKK juga boleh menjelaskan bayaran melalui SnapNPay, Maybank2U dan kaunter Bank Muamalat bagi kesalahan yang sama.