Conte janji bawa perubahan kepada Spurs

Conte
Conte
A
A
A

PENGENDALI baharu Tottenham, Antonio Conte berjanji kepada penyokong kelab tersebut bahawa dia mahu membuat perubahan besar kepada Spurs tetapi ia akan mengambil masa untuk melihat hasilnya.

Bekas pengurus Chelsea itu berjaya mendapat kemenangan Liga Perdana Inggeris bersama Spurs yang menyaksikan Pierre-Emile Hojbjerg dan Sergio Reguilon melengkapkan kebangkitan semula 2-1 di utara London.

"Penyokong kami perlu tahu kami mahu mengubah segala-galanya. Ia tidak bermakna kami akan memenangi setiap perlawanan.

"Tetapi yang pasti kami mahu bertarung dan menjadi masalah setiap perlawanan kepada lawan kami," kata Conte.

Dalam pada itu Antonio Conte sependapat dengan penyokong Spurs yang marah susulan aksi longlai yang ditunjukkan anak buahnya pada separuh masa pertama.

"Dalam babak pertama, kami agak bergelut kerana mereka bermain lebih baik daripada kami, mereka menguasai permainan.Kami terlalu kerap melepaskan penguasaan bola.

"Namun kami bangkit pada separuh masa kedua dengan mengubah taktikal dan mula memberi tekanan di setiap kawasan padang.

"Kami berjaya mencipta peluang untuk menjaringkan gol dan mungkin kami layak menjaringkan lebih banyak gol lagi. Yang pasti ia adalah satu kemenangan penting kerana kami memerlukannya,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Keputusan itu menyaksikan Spurs merampas tangga ketujuh daripada Manchester United, dan 10 mata di belakang pendahulu, Chelsea.