Penyokong masuk padang lagi....

Antara gelagat penyokong yang memasuki padang selepas berakhirnya perlawanan antara KL City menentang Selangor FC di Cheras.
Antara gelagat penyokong yang memasuki padang selepas berakhirnya perlawanan antara KL City menentang Selangor FC di Cheras.
A
A
A

KEJAYAAN KL City FC mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan Selangor FC secara agregat 3-1 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia dicemari insiden para penyokong memasuki padang.

Kejadian berlaku sebaik sahaja berakhirnya perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras yang berkesudahan kemenangan 1-0 The City Boys kendalian Bojan Hodak.

Polis menahan penyokong Kuala Lumpur City FC yang merempuh masuk ke padang ketika meraikan kemenangan selepas menewaskan Selangor FC pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2021 di Stadium Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

KL City sebelum ini dalam perlawanan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menang 2-0 ke atas anak buah Karsten Neitzel tersebut.

Insiden para penyokong memasuki padang ini adalah yang kedua selepas kejadian sama berlaku ketika perlawanan antara Selangor FC menentang Terengganu FC pada 7 November lalu yang berkesudahan kemenangan 3-1 pelawat.

Pada perlawanan itu penyokong memasuki padang turut memeluk pemain skuad Penyu ketika meraikan jaringan Jordan Mintah dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Situasi yang berlaku di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur ini secara tidak langsung menimbulkan persoalan berkenaan tahap pematuhan dalam kalangan penonton terhadap SOP dikenakan.
Situasi yang berlaku di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur ini secara tidak langsung menimbulkan persoalan berkenaan tahap pematuhan dalam kalangan penonton terhadap SOP dikenakan.

Dua insiden melanggar yang prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa ini secara tidak langsung menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan tuan rumah mengawal para penonton.

Artikel Berkaitan:

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum ini menegaskan pengendali saingan Liga Malaysia (Liga-M) itu tidak akan berkompromi dengan sebarang perlanggaran peraturan berkaitan pematuhan SOP ditetapkan.