Budak jatuh tingkat 16: Ibu saudara direman tujuh hari

Ibu saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang jatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistred di sini pada Khamis.
Ibu saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang jatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistred di sini pada Khamis.
A
A
A

SELAYANG – Ibu saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang jatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di sini, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Majistret Nur Hafizah Rajuni mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis bagi menahan wanita berusia 36 tahun berkenan.

Tahanan reman tujuh hari itu adalah bermula Khamis sehingga 24 November.

Suspek yang tiba di mahkamah sebelum jam 9 pagi dengan memakai baju lokap polis berwarna ungu dalam keadaan bergari serta dikawal pegawai polis.

Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

Pagi Rabu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak di sini.

Susulan itu, polis menahan ibu saudara kanak-kanak malang itu bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

Artikel Berkaitan: