Tiada perancangan perkenal teksi motosikal di Malaysia: MOT

Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto Bernama
Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan buat masa ini tidak merancang memperkenalkan perkhidmatan e-hailing atau teksi motosikal di negara ini.

Timbalan menterinya, Datuk Henry Sum Agong berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek terutama isu keselamatan dan kebajikan penumpang.

“Hal ini mengambil kira bahawa risiko nahas jalan raya termasuk kematian atau kecederaan amat tinggi melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di Malaysia.

“Selain itu, isu melibatkan pematuhan undang-undang dan peraturan jalan juga antara perkara yang perlu diberi perhatian serius dalam kalangan penunggang motosikal.

“Kementerian akan meneruskan kajian berterusan bagi menilai semua aspek berkaitan perkhidmatan ini sebelum sebarang hala tuju mengenai perkara ini dipertimbangkan kelak,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Larry Soon (Bebas-Julau) yang meminta kementeriannya menyatakan rancangan komprehensif kementerian bagi menjadikan perkhidmatan e-hailing teksi motosikal sebagai salah pelengkap perkhidmatan awam yang baharu di negara ini.

Artikel Berkaitan: