Taman mini belakang rumah hasil muafakat lapan jiran

 Taman mini yang dinamakan Garden 8 di Taman Perwira di sini berjaya dihasilkan oleh lapan jiran yang memegang prinsip jiran sepakat membawa berkat.
Taman mini yang dinamakan Garden 8 di Taman Perwira di sini berjaya dihasilkan oleh lapan jiran yang memegang prinsip jiran sepakat membawa berkat.
A
A
A

GOMBAK - Taman mini yang dinamakan Garden 8 di Taman Perwira di sini berjaya dihasilkan oleh lapan jiran yang memegang prinsip jiran sepakat membawa berkat.

Presiden Garden 8, Iqmal Fajri Danial berkata, idea mengindahkan landskap belakang rumah itu tercetus ketika pandemik Covid-19 dengan modal RM15,000.

Menurutnya, sebelum Garden 8 dihasilkan, dia bersama keluarganya telah memulakan projek kebun dan gaya hidup lestari di rumahnya sebelum idea itu dikembangkan bersama jiran-jiran terdekat.

"Projek Garden 8 dimulakan pada 29 September lalu melalui perbincangan sebelum mencapai kata sepakat bersama tujuh jiran paling dekat iaitu empat rumah di Jalan Berlian dan sebahagian lagi dari Jalan Zamrud untuk membangunkan kebun kejiranan.

Wan Mahmood (tengah) bersama lapan jiran yang menghasilkan Garden 8.
Wan Mahmood (tengah) bersama lapan jiran yang menghasilkan Garden 8.

"Kawasan ini diduduki sejak 55 tahun lalu dan terbiar begitu sahaja. Kami merancang untuk menghidupkan kawasan tersebut tanpa mengganggu urusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) atau mana-mana perkhidmatan awam seperti bomba serta IWK.

"Garden 8 direka untuk lebih memudahkan urusan-urusan tersebut dijalankan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurut beliau, banyak manfaat mereka peroleh tersebut sejak Garden 8 diwujudkan termasuk hasil tanaman organik selain mengeratkan hubungan kejiranan serta menikmati persekitaran yang nyaman.

Artikel Berkaitan:

Antara tanaman yang terdapat pada taman mini Garden 8.
Antara tanaman yang terdapat pada taman mini Garden 8.

Tambahnya, perkongsian mengenai Garden 8 di media sosial juga telah mendapat banyak maklum balas positif daripada netizen di seluruh negara terutamanya mesej muafakat antara jiran tetangga serta memanfaatkan kawasan terbiar yang terhad.

"Harapan kami semoga projek kecil Garden 8 kami ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Selangorku dan keluarga besar Malaysia.

"Moga projek ini dapat dilaksanakan di tempat lain mengikut kesesuaian. Ia bagi menjamin kehidupan yang lestari dan mampan menuju masa depan Sustainable Development Goals (SDG) 2030," katanya.

Garden 8 telah dirasmikan Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Wan Mahmood Pa Wan Teh pada Sabtu.