PRN Sarawak: PKR setuju tangguh jika kesihatan rakyat membimbangkan

Anwar berucap pada sesi Townhall Uni 18-Landskap Persepsi dan Impak Belia dan Masyarakat Terhadap Demokrasi di Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah hari ini. 
- Foto Bernama
Anwar berucap pada sesi Townhall Uni 18-Landskap Persepsi dan Impak Belia dan Masyarakat Terhadap Demokrasi di Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah hari ini. 
- Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ditangguhkan, sekiranya keadaan kesihatan dan keselamatan rakyat membimbangkan susulan penularan Covid-19.

“(Penangguhan PRN Sarawak) perlu ada perbincangan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Kalau kesihatan membimbangkan, saya bersetuju. Jadi kita nak lihat data dan sainsnya,” katanya pada sidang akhbar Townhall Undi 18 Wacana Pemacuan Undi 18 Negeri Selangor, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan pemberita berhubung tindakan PKR Sarawak pada Jumaat, yang dikatakan telah menghantar rayuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan PRN negeri itu.

Pada Jumaat, sebuah media melaporkan PKR Sarawak telah menghantar rayuan kepada SPR untuk menangguhkan PRN negeri itu ke tahun hadapan, susulan peningkatan kes positif bahuru dan kematian akibat penularan Covid-19 di dalam negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: