Polis nafi kompaun calon pakai baju lambang parti

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - Polis Melaka menafikan mengeluarkan kompaun berjumlah RM4,000 kepada seorang calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana memakai baju lambang parti itu ketika berada di sebuah warung di Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisoner Azlan Abu berkata, sebaliknya kompaun itu dikeluarkan kerana penganjur atau pengikut didapati telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengikuti calon tersebut.

"Bukan calon yang pakai baju PH di kompaun polis.

"Tapi penyokong yang mengiringi calon yang melanggar SOP, dalam notis kompaun pun jelas," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Sebelum itu, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil mengesahkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Law Bing Haw dikompaun RM4,000 kerana kesalahan memakai jaket berlambangkan parti ketika bertemu orang ramai.

Beliau sebaliknya menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak masuk akal.

Artikel Berkaitan: