Monsun Timur Laut: Bekalan ikan dijamin cukup

Yusoff
Yusoff
A
A
A

KUANTAN - Bekalan ikan seluruh negara dijamin mencukupi bagi menampung keperluan pengguna ketika musim Monsun Timur Laut bermula bulan ini hingga Mac depan.

Ketua Pengarah Lembaga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Yusoff Othman berkata, walaupun bekalan ikan dijangka berkurangan disebabkan nelayan tidak turun ke laut, namun masalah itu dapat diselesaikan.

Beliau berkata, pihaknya akan menyediakan bekalan sumber protein berkenaan menerusi stok simpanan ikan-ikan segar beku atau Q'Fish bagi menampung permintaan negeri semasa musim tengkujuh.

"Kita mempunyai bekalan ikan sejuk beku yang disimpan oleh 103 Persatuan Nelayan Kebangsaan Malaysia (Nekmat) di seluruh negara. Bekalan ini untuk kegunaan pada musim tengkujuh atau mengikut keperluan pasaran.

"Jadi, isu kekurangan bekalan hasil laut semasa peralihan monsun ketika ini mampu diselesaikan dengan baik," katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya bengkel kerja selamat dan sihat di sektor informal-perikanan zon Pantai Timur tahun 2021 bagi mengurangkan kes kemalangan di Dewan Orang Ramai Kampung Kempadang di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Yusoff berkata, pihaknya menjual ikan-ikan seperti tongkol, kembong, dan selayang pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

"Kita jual semua ikan sejuk beku ini pada harga siling iaitu RM10 sepeket," katanya.

Artikel Berkaitan: