Empat kanak-kanak cedera periuk api meletup di Afghanistan

Empat kanak-kanak cedera dalam kejadian letupan periuk api di barat wilayah Ghor, Afghanistan. foto hiasan 123RF
Empat kanak-kanak cedera dalam kejadian letupan periuk api di barat wilayah Ghor, Afghanistan. foto hiasan 123RF
A
A
A

FIROZ KOAH - Empat kanak-kanak cedera dalam kejadian letupan periuk api di barat wilayah Ghor, Afghanistan, lapor Xinhua.

Kejadian itu berlaku pada petang Rabu ketika kanak-kanak berkenaan sedang membawa biri-biri mereka meragut rumput di kampung Tasarqi di pinggir wilayah Firoz Koah, kata pengerusi direktorat kesihatan wilayah Abdul Satar.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital dan seorang daripada mereka mengalami kecederaan serius, katanya pada Khamis.

Hampir setiap bulan kejadian letupan bom buatan sendiri dan periuk api tinggalan perang dilaporkan berlaku yang telah meragut banyak nyawa serta kecederaan sehingga menyebabkan kecacatan, menurut Kementerian Pengurusan Bencana Afghanistan. - Bernama

Artikel Berkaitan: