X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Tuan Ibrahim berbahasa Melayu di Scotland

Tuan Ibrahim menyampaikan kenyataan negara pada Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland.
A
A

SHAH ALAM - Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kemunculan pada Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland dengan menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.

Tampil segak dengan bersuit dan kopiah hitam, Tuan Ibrahim menyampaikan kenyataan negara pada konvensyen berkenaan selama kira-kira tiga minit.

Beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang sedang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November ini.

Malaysia dijangka akan menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah (Glasgow Leaders' Declaration on Forest and Land Use) dan Ikrar Metana Global (Global Methane Pledge) bagi menunjukkan komitmen dan usaha progresif negara untuk melaksanakan tindakan perubahan iklim yang akan menyumbang kepada matlamat global.

Kemunculan Tuan Ibrahim itu sekali gus menutup mulut banyak pihak yang membidasnya kerana tidak hadir ke acara berkenaan.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebelum ini misalnya, mengkritik beliau tidak hadir pada persidangan itu memandangkan rakan sejawatan Tuan Ibrahim dari negara lain sudah berada di COP26 untuk berbincang cara menangani perubahan iklim.

Malah, ada juga kalangan netizen yang berpandangan beliau tidak ke Scotland kerana takut berbahasa Inggeris.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!